Selepas meninggalkan parti Warisan dan Bersatu, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Mohamaddin memaklumkan keputusan itu dibuat beliau selepas menilai dan meneliti perlembagaan parti berkenaan iaitu memperjuangkan hak dan autonomi wilayah Borneo seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).